!syar0sd!

Selasa, 17 Julai 2012

Kaedah Jibril


teknik menghafal Al-Quran



saya t'tarik untuk menulis berkaitan  buku kaedah Jibril ini bila ada seseorang menyatakan hasratnya utk m'hafal Al-Quran... walaupun saya sendiri belum lg m'hafal Al-Quran tapi sy b'minat utk berkongsi ttg buku ini dengan anda...

antara sunnah Rasullulah SAW adalah m'hafal Al-Quran. Rasulullah mula m'hafal Al-Quran ketika berumur 40 tahun. Jangka masa yg d'ambil adlh selama 22 tahun, 2 bulan 22 hari. tetapi mesti yg b'main di fikiran kita sekarang adalah " Hati kami sudah keruh seperti sungai Klang, bukannya mcm Rasulullah, putih bersih."

Benar, hati kita tidak sebersih hati Rasulullah yg disucikan oleh malaikat Jibril dgn air zam- zam. tapi ini tak bermakna hati kita tidak dpt d'bersihkan. hati kita juga dpt d'bersihkan melalui m'hafal Al-Quran, Qiamullail sbg peluntur, kemudian hati menjd lbh putih.

sebagai langkah p'mulaan, cukuplah dgn m'hafal 10 surah popular dulu. Yakinlah, kita akan b'jaya menghafal 104 surah yang berbaki. 

kaedah pertama : 3 baris sehari

mula-mula anggarkan dulu ayat yang perlu dibaca setiap hari. sebaik-baiknya hafal tiga baris ayat t'lebih dulu. 

kaedah kedua: 30 Minit sehari

memadai mengambil masa selama 30 minit untuk menghafal 3 baris ayat t'sebut. waktu yang paling sesuai untuk menghafal Al-Quran adalah waktu Qiamullail. kita perlu akui inilah waktu yang paling b'kesan kerana inilah gaya hidup cemerlang Rasulullah, para sahabat, para kekasih Allah dan ulama t'pilih. Mereka semuanya m'gamalkan solat tahajud kerana mereka sedar, di sebalik kesunyian malam yang menenangkan hati, terdapat keberkatan yang dijanjikan Allah. 

Allah berkata " Bangun pada waktu malam itu lebih berat, dan bacaan pada waktu itu lebih berkesan."
                                                                                                           ( Surah Al-Muzammil, ayat 6)
kaedah ketiga : ulang 3 kali sebelum, ketika dan selepas solat

semua penghafal Al-Quran sangat b'harap dengan sekali hafal, ayat Al-Quran kekal selamanya dalam ingatan. tapi ianya tak semudah yann syaitan yang sentiasa kita itu, kerana gangguan daripada dalaman dan syaitan yang sentiasa mengajak kita ke arah keburukan.Gangguan sentiasa mengelilingi kita tanpa henti, benar nasihat Rasulullah, kalau tidak berwaspada, hati mudah dipenuhi bintik hitam. Bayangkan selepas semua itu dihadapi, macam mana usaha hafalan kita selama ini??? Bila-bila masa saja boleh hilang...

untuk mengelakkan hafalan kita hilang, kita perlulah mengulang bacaan kita sebelum melakukan solat ini adalah sebagai p'sediaan untuk dibaca di dalam solat. kemudian, bacalah hafalan kita tersebut, ketika bersolat, tapi berhati-hati... jika bacaan tersangkut-sangkut, ulang bacaan daripada awal, dan jika masih terlupa, ubah kepada surah lain. Akhir sekali, baca hafalan tersebut selepas solat.

Masyarakat moden sukar untuk memperuntukan masa yang panjang bagi menghafal Al-Quran. Pada masa sama mereka menyedari hati memerlukan cahaya Al-Quran supaya jiwa dan rohani bercahaya. Ini penting supaya tidak terjerumus dalam kejahilan dan sisi gelap dunia moden... 
Ini juga sebagai peringatan dan motivasi buat diri saya... 

Jumaat, 6 Julai 2012

Salam Nisfu Syaaban


sedar tak sedar sekarang kita dah pun ada dalam bulan Syabaan yang penuh dengan keberkatan... tinggal beberapa hari saje lagi kita umat Islam akan melaksanakan ibadat puasa. Sementara kita masih lagi dalam bulan Syaaban, marilah kita bersama-sama memperbaiki diri dan mencari keredhaan Allah SWT. Hari ini saya nak kongsikan bersama-sama pembaca mengenai amalan yang digalakan di dalam bulan Syaaban ini.

- memperbanyakkan puasa sunat
     sebagaimana Rasulullah SAW lebih gemar berpuasa di dalam bulan Syaaban berbanding bulan-bulan lain.

- memperbanyakkan doa, zikir, dan berselawat
      sabda Rasulullah," Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri daripada melakukan maksiat, maka Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit.
                                                                                                        ( dipetik dari kitab Zubdatul  wa'izhin)

- bertaubat


Selasa, 3 Julai 2012

Wahai putera dan puteri Adam!..



-        Adakah kita ingat akan murka Allah ketika kita langgar perintahNya??
-        Apakah kita telah tunaikan amanah yang telah dibebankan ke atas kita???
-        Apakah kita telah berbuat baik kepada orang yang melakukan kejahatan kepada kita???
-        Apakah kita telah memberi kemaafan kepada orang-orang yang mengainaya kita??
-        Apakah kita telah mengeratkan silaturrahim pada yang memutuskan???
-        Apakah kita telah sedarkan orang yang telah mengkhianati kita???
-        Apakah kita telah Tanya kepada ulama tentang urusan agama dan dunia kita???