AWAS!!! perut anda tidak boleh terlalu kenyang semasa belajar...
Sebelum belajar kita perlu makan, supaya perut kita tidak berasa lapar dan menganggu pembelajaran kita. Tetapi perlu diingatkan jangan mengambil terlalu banyak makan kerana tabiat itu akan membunuh kecerdikan. Malahan akan menyebabkan kita mengantuk serta lalai.
Ali Bin Abu Talib pernah berkata:
" Sesiapa yang makan banyak, dia juga minum banyak. Sesiapa yang minum banyak, dia juga tidur banyak. Sesiapa yang tidur banyak, dia rugi banyak."
Apabila kita makan terlalu banyak, usus perut kita sarat dengan makanan dan zat-zat menjadi tidak seimbang sehingga ia berkemungkinan bertukar menjadi racun. Ibnu Sina juga berkata, " setiap penyakit itu berpunca daripada perut"
oleh sebab itulah, Islam melarang kita bersikap mengambil makanan secara banyak. sepertimana yang ditegaskan di dalam surah Al- Baqarah, Allah mengingatkan:
" Makan dan minumlah tetapi jangan kamu melampau -lampau kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau."
Apabila perut sarat dengan makanan, nescaya kita cenderung merasa mengantuk dan hendak tidur. Oleh itu, sedarlah bahawa banyak makan menyebabkan banyak tidur dan membunuh kebijaksanaan, kecerdikan serta melemahkan fikiran kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan