Kita Belum Tahu Potensi Kita Yang Sebenar Melainkan Setelah Kita Berusaha Bersungguh-sungguh...
TAHUKAH KEBOLEHAN DIRI ANDA ????
Semua orang dilahirkan di dunia dengan kebolehan dan potensi yang mengagumkan.
Kita sebenarnya tidak tahu sehebat manakah diri kita ini. Betulkan????... Prestasi kita kini tidak boleh dijadikan sebagai kayu pengukur seandainya sebelum ini kita bersungguh-sungguh berusaha dalam bidang yang kita ceburi.
setelah kita berusaha bersungguh-sungguh barulah kita tahu potensi kita yang sebenar-benarnya. Contohnya, sebelum ini kita tidak pernah bermain gitar, tetapi setelah kita menetapkan tekad untuk memepelajari dan bermain gitar secara bersungguh-sungguh. Nescaya kita akan berjaya, dan percayalah bahawa " setelah kita membulatkan tekad, yakinlah bahawa Allah SWT akan membantu kita".
Tetapi seandainya kita gagal, jangan sekali-kali kita menyerah dan berputus asa begitu sahaja dan melupakan hasrat yang telah kita buat. Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang mudah berputus asa. Oleh itu, berusahalah bersungguh-sungguh sehingga kita memperoleh keputusan yang mengagumkan, setelah itu barulah kita tahu kebolehan kita yang sebenarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan